Dengan Hanya RM1, Tempah Slot Parkir anda di IOI City Mall!

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan kenaikkan harga barangan, trend berbelanja kebanyakkan rakyat Malaysia semakin berkurangan. Demi mengurangkan beban pembelanjaan rakyat, ParkEasy menawarkan kemudahan perkhidmatan parkir secara online booking dengan hanya RM1. Mulai 14 Januari 2017,  kini anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar ‘ParkEasy’ untuk menempah slot parkir di IOI City Mall pada setiap hujung minggu. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Play Store bagi pengguna telefon pintar Android manakala bagi pengguna  telefon pintar Apple aplikasi ini boleh didapatkan di App Store.

Dengan aplikasi ParkEasy  anda boleh menyemak kekosongan parkir yang terdapat di iOi City Mall dan  menempah slot parkir untuk kenderaan anda dengan menekan butang yang terdapat di paparan skrin aplikasi tersebut. Slot parkir ini akan dibiarkan kosong atau reserve untuk anda selama 1 jam bagi setiap tempahan yang dibuat. Bagi mengelakkan tempahan anda diambil, sebuah penghadang automatik yang telah dipasang di slot parkir tersebut akan dinaikkan sebaik sahaja transaksi tempahan anda berjaya.

 

Jika tempahan anda berjaya, anda akan diberikan tiket maya serta dinyatakan tarikh dan juga waktu tempahan yang buat. Di paparan tiket itu juga dinyatakan nombor slot parkir yang dikhaskan untuk anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah memandu ke slot parkir tersebut. Sebaik sahaja tiba di parkir slot tersebut, anda perlu buka semula aplikasi ParkEasy dan kemudian menekan butang “I’m here” yang terdapat pada paparan skrin aplikasi tersebut. Kemudian secara automatik penghadang yang terdapat di slot parkir anda akan diturunkan bagi membolehkan anda parkir kenderaan anda. Begitu mudah bukan!!

 

Aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat-turun dan bagi setiap permulaan, ParkEasy memberikan 10 kredit secara percuma yang mana nilai 1 kredit bersamaan dengan RM 1. Bagi setiap tempahan, ParkEasy mengenakan caj 1 kredit dan ditolak dari nilai baki yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Namun anda boleh menambah nilai kredit melalui aplikasi tersebut dengan menekan butang tambah nilai.

“Perkhidmatan valet tradisional perlu mengenakan bayaran tinggi supaya dapat membayar kos tinggi gaji pekerja dan insurans. Sebab kami menggunakan perkakasan pintar, sistem ParkEasy adalah automatik dan tidak perlu diawasi. Oleh sebab kami tidak mengambil kunci ataupun memandu kereta pelanggan, kami tidak membayar insurans tinggi.” dijelaskan Warren Chan, CEO ParkEasy.

Tempat parkir ParkEasy Reserve di iOi City Mall adalah di lokasi yang amat mudah untuk pengguna. Ia terletak di bawah satu tingkat Premier Parking di zon C berdekatan dengan lobi lif utama Centre Court. Ini pasti menjadi keutamaan penonton wayang filem kerana lif ini bersambung terus ke pintu masuk GSC Cinemas.

 

ParkEasy Carpark iOi

“Ia adalah visi ParkEasy untuk memodenkan cara kita letak kereta. Kalau ParkEasy mendapat sambutan baik daripada ramai pengguna, matlamat kami seterusnya adalah untuk mengintegrasikan yuran tempahan dengan bayaran tiket parkir biasa supaya semua bayaran boleh dilakukan secara ‘cashless’.” seperti yang diterangkan oleh Eric Tan, CTO ParkEasy.

Jadi, apa tunggu lagi muat turun sekarang untuk telefon bimbit pintar Apple dan Android daripada App Store masing-masing. Jangan bazir masa dan minyak kenderaan anda mencari parkir. Kini parkir anda ditangan anda.

 

Bagaimana Merezab dan Parkir di IOI City Mall:

  1. Pergi ke Carpark C
  2. Selepas melimpasi Premium Parking, anda Sephora akan berada di kiri anda. Pandu ke depan dan pandu ke kiri dan menuju ke LG (a).
  3.  Ambil tiket letak kereta anda dan teruskan ke ruang letak kereta yang digambarkan dalam peta di atas.
  4. Jika anda sesat, gunakan arahan kami di tiang!

Bagaimana Merezab Parkir anda dengan ParkEasy:

  1. Muat turun aplikasi ParkEasy
  2. Togol "Rizab" dan bukan "Share" di bahagian bawah skrin anda
  3. Pilih lokasi anda sebagai IOI City Mall
  4. Berpeganglah pada "Reserve a bay"
  5. Tiba dalam masa 1 jam dan navigasi ke tempat letak kereta anda
  6. Beritahu kami anda berada di tempat anda dan letakkan kereta anda!